 |
| بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ {١} |
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
| الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ {٢} |
2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. |
| الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ {٣} |
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. |
| مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ {٤} |
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). |
| إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ {٥} |
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. |
| اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ {٦} |
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus. |
| صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ {٧} |
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. |
 |