 |
| إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا {١} |
1. Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, |
| وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا {٢} |
2. Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, |
| وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا {٣} |
3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? |
| يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا {٤} |
4. Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: |
| بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَىٰ لَهَا {٥} |
5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). |
| يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ {٦} |
6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. |
| فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ {٧} |
7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! |
| وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ {٨} |
8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! |
 |