 |
| وَالضُّحَىٰ {١} |
1. Demi waktu Dhuha; |
| وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ {٢} |
2. Dan malam apabila ia sunyi-sepi; |
| مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ {٣} |
3. (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). |
| وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَىٰ {٤} |
4. Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. |
| وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰ {٥} |
5. Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati). |
| أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَىٰ {٦} |
6. Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? |
| وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ {٧} |
7. Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? |
| وَوَجَدَكَ عَائِلًا فَأَغْنَىٰ {٨} |
8. Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? |
| فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ {٩} |
9. Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, |
| وَأَمَّا السَّائِلَ فَلَا تَنْهَرْ {١٠} |
10. Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; |
| وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ {١١} |
11. Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. |
 |