سورةالغاشية {٨٨} 88. AL-GHAASYIYAH
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ الْغَاشِيَةِ {١} 1. Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal hari kiamat yang huru-haranya meliputi?
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ خَاشِعَةٌ {٢} 2. Muka (orang-orang yang kafir) pada hari itu tunduk kerana merasa hina,
عَامِلَةٌ نَاصِبَةٌ {٣} 3. Mereka menjalankan kerja yang berat lagi berpenat lelah,
تَصْلَىٰ نَارًا حَامِيَةً {٤} 4. Mereka tetap menderita bakaran Neraka yang amat panas (membakar), -
تُسْقَىٰ مِنْ عَيْنٍ آنِيَةٍ {٥} 5. Mereka diberi minum dari mata air yang menggelegak panasnya.
لَيْسَ لَهُمْ طَعَامٌ إِلَّا مِنْ ضَرِيعٍ {٦} 6. Tiada makanan bagi mereka (di situ) selain dari pokok-pokok yang berduri,
لَا يُسْمِنُ وَلَا يُغْنِي مِنْ جُوعٍ {٧} 7. Yang tidak menggemukkan dan tidak pula dapat menghilangkan sedikit kelaparan pun.
وُجُوهٌ يَوْمَئِذٍ نَاعِمَةٌ {٨} 8. (Sebaliknya) muka (orang-orang yang beriman) pada hari itu berseri-seri,
لِسَعْيِهَا رَاضِيَةٌ {٩} 9. Berpuas hati dengan balasan amal usahanya (yang baik yang telah dikerjakannya di dunia), -
فِي جَنَّةٍ عَالِيَةٍ {١٠} 10. (Mereka tinggal menetap) di dalam Syurga tinggi (tempat kedudukannya darjatnya),
لَا تَسْمَعُ فِيهَا لَاغِيَةً {١١} 11. Mereka tidak mendengar di situ sebarang perkataan yang sia-sia,
فِيهَا عَيْنٌ جَارِيَةٌ {١٢} 12. Di dalam Syurga itu ada mata air yang mengalir,
فِيهَا سُرُرٌ مَرْفُوعَةٌ {١٣} 13. Di situ juga ada pelamin-pelamin (berhias) yang tinggi (tempatnya),
وَأَكْوَابٌ مَوْضُوعَةٌ {١٤} 14. Dan piala-piala minuman yang disediakan (untuk mereka),
وَنَمَارِقُ مَصْفُوفَةٌ {١٥} 15. Dan bantal-bantal yang teratur (untuk mereka berbaring atau bersandar),
وَزَرَابِيُّ مَبْثُوثَةٌ {١٦} 16. Serta hamparan-hamparan yang terbentang.
أَفَلَا يَنْظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ {١٧} 17. (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ {١٨} 18. Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ {١٩} 19. Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ {٢٠} 20. Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?
فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ {٢١} 21. Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah berdukacita kiranya ada yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan;
لَسْتَ عَلَيْهِمْ بِمُصَيْطِرٍ {٢٢} 22. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu).
إِلَّا مَنْ تَوَلَّىٰ وَكَفَرَ {٢٣} 23. Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta dia kufur ingkar;
فَيُعَذِّبُهُ اللَّهُ الْعَذَابَ الْأَكْبَرَ {٢٤} 24. Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya.
إِنَّ إِلَيْنَا إِيَابَهُمْ {٢٥} 25. Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka,
ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا حِسَابَهُمْ {٢٦} 26. Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka.
Al-Qur'an Today @2006