سورةالنازعات {٧٩} 79. AN-NAAZI´AAT
وَالنَّازِعَاتِ غَرْقًا {١} 1. Demi (makhluk-makhluk) yang mencabut (apa yang ditugaskan mencabutnya) dengan cara yang sekasar-kasarnya;
وَالنَّاشِطَاتِ نَشْطًا {٢} 2. Dan yang menarik (apa yang ditugaskan menariknya) dengan cara yang selembut-lembutnya;
وَالسَّابِحَاتِ سَبْحًا {٣} 3. Dan demi (makhluk-makhluk) yang cergas bergerak (menerima perintah) dengan gerak yang secergas-cergasnya;
فَالسَّابِقَاتِ سَبْقًا {٤} 4. Lalu masing-masing berlumba-lumba dahulu-mendahului (menjalankan tugasnya) dengan cara yang sesungguh-sungguhnya;
فَالْمُدَبِّرَاتِ أَمْرًا {٥} 5. Serta menyempurnakan tadbir urusan alam yang diperintahkan kepadanya; (sumpah demi sumpah, sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat).
يَوْمَ تَرْجُفُ الرَّاجِفَةُ {٦} 6. Pada masa berlakunya tiupan sangkakala yang pertama yang menggoncangkan alam, (sehingga mati segala yang bernyawa dan punah-ranah sekalian makhluk selain dari yang dikecualikan),
تَتْبَعُهَا الرَّادِفَةُ {٧} 7. Tiupan yang pertama itu diikuti oleh tiupan yang kedua, (yang menyebabkan orang-orang yang mati semuanya hidup semula serta keluar dari kubur masing-masing);
قُلُوبٌ يَوْمَئِذٍ وَاجِفَةٌ {٨} 8. Hati (manusia) pada hari itu berdebar-debar takut,
أَبْصَارُهَا خَاشِعَةٌ {٩} 9. Pemandangannya tunduk gerun.
يَقُولُونَ أَإِنَّا لَمَرْدُودُونَ فِي الْحَافِرَةِ {١٠} 10. Mereka (yang ingkar) berkata: Sungguhkah kita akan dikembalikan hidup seperti keadaan di dunia dahulu?
أَإِذَا كُنَّا عِظَامًا نَخِرَةً {١١} 11. Bolehkah (dihidupkan semula) sesudah kita menjadi tulang yang reput?
قَالُوا تِلْكَ إِذًا كَرَّةٌ خَاسِرَةٌ {١٢} 12. Mereka berkata lagi (secara mengejek: Kalaulah berlaku) yang demikian, sudah tentu kembalinya kita (hidup semula) itu satu perkara yang merugikan!
فَإِنَّمَا هِيَ زَجْرَةٌ وَاحِدَةٌ {١٣} 13. (Menghidupkan semula tidaklah sukar), kerana berlakunya perkara itu hanyalah dengan satu jeritan (yang terbit dari tiupan sangkakala yang kedua);
فَإِذَا هُمْ بِالسَّاهِرَةِ {١٤} 14. Yang menyebabkan mereka dengan serta-merta berada di muka bumi yang putih rata.
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ مُوسَىٰ {١٥} 15. Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal Nabi Musa?
إِذْ نَادَاهُ رَبُّهُ بِالْوَادِ الْمُقَدَّسِ طُوًى {١٦} 16. Ketika dia diseru oleh Tuhannya di "Wadi Tuwa" yang suci;
اذْهَبْ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَىٰ {١٧} 17. (Lalu diperintahkan kepadanya): Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas (dalam kekufuran dan kezalimannya);
فَقُلْ هَلْ لَكَ إِلَىٰ أَنْ تَزَكَّىٰ {١٨} 18. Serta katakanlah kepadanya: Adakah engkau suka hendak mensucikan dirimu (dari kekufuran)?
وَأَهْدِيَكَ إِلَىٰ رَبِّكَ فَتَخْشَىٰ {١٩} 19. Dan mahukah, aku tunjuk kepadamu jalan mengenal Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)?
فَأَرَاهُ الْآيَةَ الْكُبْرَىٰ {٢٠} 20. (Setelah Nabi Musa menyempurnakan perintah Tuhannya dan Firaun pun meminta bukti kebenarannya); maka Nabi Musa memperlihatkan kepada Firaun: Mukjizat yang besar.
فَكَذَّبَ وَعَصَىٰ {٢١} 21. Lalu Firaun mendustakan (Nabi Musa) dan menderhaka (kepada Allah);
ثُمَّ أَدْبَرَ يَسْعَىٰ {٢٢} 22. Kemudian dia berpaling ingkar sambil menjalankan usahanya (menentang Nabi Musa).
فَحَشَرَ فَنَادَىٰ {٢٣} 23. Lalu dia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru;
فَقَالَ أَنَا رَبُّكُمُ الْأَعْلَىٰ {٢٤} 24. Dengan berkata: Akulah tuhan kamu, yang tertinggi.
فَأَخَذَهُ اللَّهُ نَكَالَ الْآخِرَةِ وَالْأُولَىٰ {٢٥} 25. Maka Allah menyeksa Firaun di akhirat dan di dunia ini, dengan azab yang menakutkan sesiapa yang mengetahuinya.
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَعِبْرَةً لِمَنْ يَخْشَىٰ {٢٦} 26. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang takut (melanggar perintah Tuhannya).
أَأَنْتُمْ أَشَدُّ خَلْقًا أَمِ السَّمَاءُ ۚ بَنَاهَا {٢٧} 27. (Wahai golongan yang ingkarkan kebangkitan hidup semula!) Kamukah yang sukar diciptakan atau langit? Tuhan telah membinanya (dengan Kukuh)!
رَفَعَ سَمْكَهَا فَسَوَّاهَا {٢٨} 28. Dia telah meninggikan bangunan langit itu lalu menyempurnaKannya,
وَأَغْطَشَ لَيْلَهَا وَأَخْرَجَ ضُحَاهَا {٢٩} 29. Dan Dia menjadikan malamnya gelap-gelita, serta menjadikan siangnya terang-benderang.
وَالْأَرْضَ بَعْدَ ذَٰلِكَ دَحَاهَا {٣٠} 30. Dan bumi sesudah itu dihamparkannya (untuk kemudahan penduduknya);
أَخْرَجَ مِنْهَا مَاءَهَا وَمَرْعَاهَا {٣١} 31. Dia mengeluarkan dari bumi itu: Airnya dan tumbuh-tumbuhannya;
وَالْجِبَالَ أَرْسَاهَا {٣٢} 32. Dan gunung-ganang pula dikukuhkan letaknya (di bumi, sebagai pancang pasak yang menetapnya);
مَتَاعًا لَكُمْ وَلِأَنْعَامِكُمْ {٣٣} 33. (Semuanya itu) untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.
فَإِذَا جَاءَتِ الطَّامَّةُ الْكُبْرَىٰ {٣٤} 34. Maka apabila datang hari yang bencananya amat besar;
يَوْمَ يَتَذَكَّرُ الْإِنْسَانُ مَا سَعَىٰ {٣٥} 35. Iaitu hari manusia akan mengingati apa yang telah diusahakannya;
وَبُرِّزَتِ الْجَحِيمُ لِمَنْ يَرَىٰ {٣٦} 36. Dan Neraka diperlihatkan kepada sesiapa sahaja yang dapat melihatnya;
فَأَمَّا مَنْ طَغَىٰ {٣٧} 37. Maka (dapatlah masing-masing mengetahui kesudahannya); adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya);
وَآثَرَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا {٣٨} 38. Serta dia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata;
فَإِنَّ الْجَحِيمَ هِيَ الْمَأْوَىٰ {٣٩} 39. Maka sesungguhnya Neraka Jahannamlah tempat kediamannya.
وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ {٤٠} 40. Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu;
فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ {٤١} 41. Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا {٤٢} 42. Mereka (yang ingkar) selalu bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: Bilakah masa datangnya?
فِيمَ أَنْتَ مِنْ ذِكْرَاهَا {٤٣} 43. Apa hubungannya tugasmu dengan (soal) menerangkan masa kedatangan hari kiamat itu?
إِلَىٰ رَبِّكَ مُنْتَهَاهَا {٤٤} 44. Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ilmu mengenainya.
إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرُ مَنْ يَخْشَاهَا {٤٥} 45. Tugasmu hanyalah memberi amaran kepada orang yang takut akan huru-hara hari kiamat itu.
كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا {٤٦} 46. (Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: Seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.
Al-Qur'an Today @2006